November 11, 2012

FAKTA PURE MARINE COLLAGEN

Rumpai laut, Rumpai laut asli, Pembekal rumpai laut, Pemborong rumpai laut, Rumpai laut murah, Pembekal besar rumpai laut Malaysia, Khasiat rumpai laut, Pure marine, Pure marine collagen, Kolagen asli, Kolagen semulajadi, Rahsia kulit cantik menawan, Kulit cantik menawan, Seaweed,
Rumpai laut mungkin sesuatu yang masih asing di Malaysia, tetapi di negara kepulauan seperti Jepun, ia merupakan sejenis sayur yang popular. Ia tergolong dalam kumpulan algae, iaitu sejenis kelas tumbuhan yang menghasilkan “makanannya” sendiri tetapi bersifat ringkas kerana tisu-tisunya tidak membentuk sebarang organ yang jelas (seperti daun, bunga, buah, majoritinya terdapat pada tumbuhan darat).

Rumpai laut terkenal sebagai salah satu “superfood orang timur” kerana sifat alkalinenya yang kuat, juga mengandungi kandungan protein yang tinggi disamping beberapa mikronutrien penting, ciri-ciri yang mana mirip seperti bayam.

Rumpai laut, Rumpai laut asli, Pembekal rumpai laut, Pemborong rumpai laut, Rumpai laut murah, Pembekal besar rumpai laut Malaysia, Khasiat rumpai laut, Pure marine, Pure marine collagen, Kolagen asli, Kolagen semulajadi, Rahsia kulit cantik menawan, Kulit cantik menawan, Seaweed,
Secara amnya, rumpai laut ada berbagai jenis dan species (dipecahkan kepada 3 jenis iaitu algae hijau, algae perang, dan algae merah). Ia tumbuh di kawasan air masin (laut) dan tertumpu pada kawasan yang cetek agar dapat menerima cahaya matahari yang cukup untuk menjalani proses fotosintesis. Memandangkan ia kekurangan sifat seperti tumbuhan yang lengkap (bersifat ringkas), ia memerlukan “sokongan” struktur untuk berpaut dan tumbuh. Itulah sebabnya rumpai laut seringkali dilihat tumbuh di kawasan laut yang cetek dan berbatu.


Antara khasiat dan fakta menarik berkenaan rumpai laut yang perlu anda tahu
1. Iodine yang terdapat di dalamnya dikatakan mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah penyakit seperti Goitre(kelenjar thyroid membengkak).
2. Mampu merendahkan kadar acidic dalam makanan yang diambil, justeru sesuai dimakan bersama nasi dan lauk-pauk berprotein yang mana kedua-duanya bersifat acidic. Contoh makanan yang menggunakan konsep ini adalah Onigiri dan Sushi.
3. Kenapa sifat alkaline dalam rumpai laut itu tinggi? Antaranya adalah disebabkan kehadiran mineral yang tinggi dan pelbagai di dalamnya, mencukupi untuk keperluan manusia. Tambahan, rumpai laut adalah antara tumbuhan yang mempunyai banyak mineral didalamnya jika dibandingkan dengan sayur daratan yang lain. Antaranya ialah kalsium, kalium, zat besi, magnesium, iodine, dan zinc.
4. Kaya dengan serat, meskipun struktur komposisinya tidak sama dengan tumbuhan/sayur darat. Ini secara langsung mampu mengawal paras gula dalam darah si pemakannya.
5. Bersifat anti-mutagen dan anti-oksidan, justeru mampu merendahkan kadar kolestrol dan mencegah kedatangan penyakit seperti kanser dan penyakit jantung.
6. Beberapa jenis rumpai laut bertindak sebagai ejen detox. Terdapat komponen di dalamnya yang mampu bergabung dengan metal toksik dalam sistem pencernaan kita, lalu dinyahkan secara semulajadi melalui tahi.
7. Ekstrak rumpai laut (Fucoidan) juga digunakan dalam penghasilan pil diet. Pil diet tersebut mampu membuatkan kita rasa cepat kenyang apabila makan dengan sedikit.
8. Mula diperkatakan dalam dunia kesihatan sejak beberapa puluh tahun yang lalu, sedangkan ia sudah menjadi sebahagian diet orang Timur, terutama yang menetap dipinggir pantai, sejak berzaman lagi.
9. Meskipun berkhasiat, namun tidak boleh diambil dalam kuantiti yang banyak dan berterusan kerana dikhuatiri akan mengakibatkan keracunan iodine.
10. Rumpai laut yang sudah busuk berupaya menghasilkan gas hidrogen sulfida. Ianya beracun dan boleh mengakibatkan muntah dan cirit birit.

Rumpai laut, Rumpai laut asli, Pembekal rumpai laut, Pemborong rumpai laut, Rumpai laut murah, Pembekal besar rumpai laut Malaysia, Khasiat rumpai laut, Pure marine, Pure marine collagen, Kolagen asli, Kolagen semulajadi, Rahsia kulit cantik menawan, Kulit cantik menawan, Seaweed,
Aplikasi konsep alkaline-acidic dalam onigiri dan sushi. Konsep mudah ini ada pada makanan yang sihat/seimbang termasuklah nasi putih/lauk dan nan/ayam tandoori.
Kebanyakkan rumpai laut yang dijual di pasaran Malaysia sebenarnya telah diproses (diimport dari luar), manakala ada sesetengahnya juga yang dipasarkan dalam bentuk supplemen. Tidak seperti di Jepun atau di Thailand, agak sukar sebenarnya untuk mencari rumpai laut yang segar di sini memandangkan popularitinya di negara kita masih ‘tak berapa popular’. Jika tidak berkunjung ke Sushi King, atau kaunter makanan Jepun di Jusco, memang kita tidak akan berjumpa superfood ini dalam makanan hidangan tengahari atau malam. - sumber

No comments:

Post a Comment