Rumpai laut mungkin
sesuatu yang masih asing di Malaysia, tetapi di negara kepulauan seperti
Jepun, ia merupakan sejenis sayur yang
popular. Ia tergolong dalam kumpulan algae, iaitu sejenis kelas tumbuhan yang
menghasilkan “makanannya” sendiri tetapi bersifat ringkas kerana tisu-tisunya
tidak membentuk sebarang organ yang jelas (seperti daun, bunga, buah,
majoritinya terdapat pada tumbuhan darat).
Rumpai laut terkenal sebagai
salah satu “superfood orang timur” kerana sifat alkalinenya yang kuat, juga
mengandungi kandungan protein yang tinggi disamping beberapa mikronutrien
penting, ciri-ciri yang mana mirip seperti bayam.
Secara amnya, rumpai laut ada berbagai jenis
dan species (dipecahkan kepada 3 jenis iaitu algae hijau, algae perang, dan
algae merah). Ia tumbuh di kawasan air masin (laut) dan tertumpu pada kawasan
yang cetek agar dapat menerima cahaya matahari yang cukup untuk menjalani proses
fotosintesis. Memandangkan ia kekurangan sifat seperti tumbuhan yang lengkap
(bersifat ringkas), ia memerlukan “sokongan” struktur untuk berpaut dan tumbuh.
Itulah sebabnya rumpai laut seringkali dilihat tumbuh di kawasan laut yang cetek
dan berbatu.
Antara khasiat
dan fakta menarik berkenaan rumpai laut yang perlu anda
tahu
1. Iodine yang terdapat di dalamnya dikatakan mampu
memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah penyakit seperti
Goitre(kelenjar thyroid membengkak).
2. Mampu merendahkan kadar
acidic dalam makanan yang diambil, justeru sesuai dimakan bersama nasi dan
lauk-pauk berprotein yang mana kedua-duanya bersifat
acidic. Contoh
makanan yang menggunakan konsep ini adalah Onigiri dan Sushi.
3.
Kenapa sifat alkaline dalam rumpai laut itu tinggi? Antaranya adalah
disebabkan kehadiran mineral yang tinggi dan pelbagai di dalamnya, mencukupi
untuk keperluan manusia. Tambahan, rumpai laut adalah antara tumbuhan yang
mempunyai banyak mineral didalamnya jika dibandingkan dengan sayur daratan yang
lain. Antaranya ialah kalsium, kalium, zat besi, magnesium, iodine, dan
zinc.
4. Kaya dengan serat, meskipun struktur komposisinya tidak sama
dengan tumbuhan/sayur darat. Ini secara langsung mampu mengawal paras gula dalam
darah si pemakannya.
5. Bersifat anti-mutagen dan anti-oksidan,
justeru mampu merendahkan kadar kolestrol dan mencegah kedatangan penyakit
seperti kanser dan penyakit jantung.
6. Beberapa jenis rumpai laut
bertindak sebagai ejen
detox. Terdapat komponen di dalamnya yang mampu
bergabung dengan metal toksik dalam sistem pencernaan kita, lalu dinyahkan
secara semulajadi melalui tahi.
7. Ekstrak rumpai laut (Fucoidan) juga
digunakan dalam penghasilan pil
diet. Pil diet tersebut mampu membuatkan
kita rasa cepat kenyang apabila makan dengan sedikit.
8. Mula
diperkatakan dalam dunia kesihatan sejak beberapa puluh tahun yang lalu,
sedangkan ia sudah menjadi sebahagian diet orang Timur, terutama yang menetap
dipinggir pantai, sejak berzaman lagi.
9. Meskipun berkhasiat, namun
tidak boleh diambil dalam kuantiti yang banyak dan berterusan kerana dikhuatiri
akan mengakibatkan keracunan iodine.
10. Rumpai laut yang sudah busuk
berupaya menghasilkan gas hidrogen sulfida. Ianya beracun dan boleh
mengakibatkan muntah dan cirit birit.
|
Aplikasi konsep alkaline-acidic
dalam onigiri dan sushi. Konsep mudah ini ada pada makanan yang sihat/seimbang
termasuklah nasi putih/lauk dan nan/ayam
tandoori. |
Kebanyakkan rumpai laut yang dijual di
pasaran Malaysia sebenarnya telah diproses (diimport dari luar), manakala ada
sesetengahnya juga yang dipasarkan dalam bentuk supplemen. Tidak seperti di
Jepun atau di
Thailand, agak sukar sebenarnya untuk mencari
rumpai laut yang segar di sini memandangkan popularitinya di negara kita masih
‘tak berapa popular’. Jika tidak berkunjung ke
Sushi King, atau kaunter
makanan
Jepun di
Jusco, memang
kita tidak akan berjumpa
superfood ini dalam makanan hidangan tengahari
atau malam. -
sumber